BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

Rahsia Kecantikan

Bismillahirrahmanirrahim

Di sini saya ingin berkongsi sedikit rahsia kecantikan yang diperolehi dr sumber lain (bukan semua menjadi amalan saya).

1. Buah Pinang Masak Hilangkan Tompok Hitam di Muka
Caranya: Ambil sebiji pinang, kupas kulitnya. Setelah itu dikacip dan disapu pada tompok hitam di muka. Lakukan 2x sehari sehingga sembuh.

2. Cekur Hilangkan Parut Jerawat
Caranya: Tumbuk beberapa helai daun cekur. Campurkan bersama bedak sejuk. Pakai bedak sejuk ini sebelum tidur.

3. Madu Licinkan Kulit
Caranya: Ambil 2 sudu madu, campurkan dengan putih telur, sapukan pada muka (pakai spt mask). Setelah kering cuci muka dengan air suam. Keringkan muka dengan tuala bersih. Lakukan 2x seminggu, Insyaallah, hasilnya memuaskan.

4. Beras Rawat Kulit Muka Berminyak
Caranya: Rendam segenggam beras. Apabila sudah kembang kisar halus beras tadi bersama daun cermai dan ibu kunyit. Setelah itu sapu bahan ini ke muka (juga spt pakai mask) Setelah kering barulah di cuci dgn air bersih.

5. Cempaka dan Melur Tegangkan Kulit Muka
Caranya: Kisar halus 5 kuntum bunga cempaka dan bunga melur. Campurkan bersama bedak sejuk dan disapukan di muka setiap malam sebelum tidur. Pada keesokan harinya, cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lakukan setiap malam sehingga anda memperoleh hasilnya.
Selain itu boleh juga di amalkan meminum air rendaman gula batu di setiap pagi dan petang.

6. Petua Melembabkan Kulit muka

  • Air Kelapa - Cuci muka dengan air kelapa. Biarkan kering sendiri. Setelah itu barulah dibilas dengan air bersih
  • Timun - Parutkan sebiji timun yg sudah dibuang kulitnya. Ambil air hasil parutan timun tersebut dan disapukan ke muka. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu cuci dengan air bersih. Lakukan 3x seminggu.
  • Kobis - Tumbuk lumat beberapa keping kelopak kubis. Campurkan dengan sedikit madu. Sapukan bahan ini ke muka. Biarkan selama satu jam, barulah dicuci dengan air bersih.
Sebenarnya banyak lagi petua-petua kecantikan yang ada. Saya cuma mengambil beberapa sahaja.

Sekiranya berminat boleh dapatkan buku RAHSIA KECANTIKAN hasil tulisan AMINA NOOR. Sebenarnya buku ini keluaran syarikat tempat saya bekerja. Bukanlah tujuan saya nk promosikan buku ini tetapi sekadar nk berkongsi petua.

p/s: Kita hanya mencuba, Allah S.W.T. yang menentukan keberkesanannya..

0 comments: