BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 3, 2009

Along Pula yg Demam

Bismillahhirrahmanirrahim

Hari raya yg lepas adik Wafi demam campak, ni along Adam pulak yg demam campak. Patutlah demamnya tak nak kebah, rupanya nk kena dmm campak.

Bila saya balik kerja hari Khamis lepas, saya nampak Adam tgh minum air glucose kat dpn pintu umah. Muka pun monyok je. Rupanya demam...Dalam hati, demam lagi....dalam masa tak sampai 2 bulan, dh 3 kali Adam demam. Nak buat mcm mana dah itu kehendak Allah. Redha...InsyaAllah baiklah nnt..

2nd day demam, panas badan tak surut2 even dh minum ubat demam. Petang balik kerja, saya ajak suami pegi amik ubat demam kat Klinik Bdr Teknologi Kajang. Adam agak serasi ngan ubat kat situ. Masa kat klinik terus masuk ubat kat punggung sbb dh panas sgt suhu badan tuh. Bila dh lewat malam ingatkan suhu badan turun le, rupanya tak, still 40 degrees (ada termometer kat umah). Adam ni jenis tak nak letak cool fever kat dahi. Towel basah pun tak nak. Tak tahu apa nk buat saya mandikan dia. Turun lah sikit suhu tu jadi 34 degrees. Tak sampai sejam suhu naik balik 40 degrees. Bila dh naik tu terus bawak g Hospital Kajang. Masa kat hospital, lepas check temperature pun disuruh mandikan dia. Lepas mandi check suhu, 33 degrees, then balik. Esoknya pun still demam.

Sampai hari Isnin still demam, petang lepas mandikan dia, nampak lah bintik2 merah kat muka. Ermm..campak... Terus saya ajak adik g cari air kelapa. Dah malam, tak dpat air kelapa. Selasa pagi bintik2 merah dah ada keliling badan. Petangnya saya belikan air kelapa bagi dia minum. Suhu badan dh ok.. tapi saya still continue bagi dia medicine.

Doakan anak saya cepat sembuh..ameen..

Bintik merah di muka dan badan


Kesian anak ummi, demam campak..

0 comments: