BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Bismillahhirrahmanirrahim

Baru beberapa hari Along Adam baik demam campak, Adik Efi pula demam dan kena penyakit tangan, kaki dan mulut. Penyakit ni disebabkan virus, so berjangkit. I thought Adik Efi dapat virus ni dr anak my friend coz sehari sblm dia kena anak kawan kena dulu. Hari yang dia demam dia datang main ngan anak-anak aku. Hmm.. dah nak kena kan, bukan salah diorang pun..Kesian dia, nak makan susah, nak minum susah. Nangis je...

Kat bawah ni aku dapat sedikit info pasal penyakit nih dari website:.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak-kanak

Apakah Penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi

Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala- gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Petua-Petua Daripada Imam Asy- Shafi`e.

Bismillahhirrahmanirrahim

4 perkara menguatkan badan iaitu:

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan iaitu:

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas dan gelisah
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata iaitu:

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata iaitu:

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran iaitu:

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 Jenis Cara Tidur dan maksudnya iaitu:

1. TIDUR PARA NABI>> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH>> Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA>> Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN>> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wallahualam.

Tuesday, October 27, 2009

Rahsia Kecantikan

Bismillahirrahmanirrahim

Di sini saya ingin berkongsi sedikit rahsia kecantikan yang diperolehi dr sumber lain (bukan semua menjadi amalan saya).

1. Buah Pinang Masak Hilangkan Tompok Hitam di Muka
Caranya: Ambil sebiji pinang, kupas kulitnya. Setelah itu dikacip dan disapu pada tompok hitam di muka. Lakukan 2x sehari sehingga sembuh.

2. Cekur Hilangkan Parut Jerawat
Caranya: Tumbuk beberapa helai daun cekur. Campurkan bersama bedak sejuk. Pakai bedak sejuk ini sebelum tidur.

3. Madu Licinkan Kulit
Caranya: Ambil 2 sudu madu, campurkan dengan putih telur, sapukan pada muka (pakai spt mask). Setelah kering cuci muka dengan air suam. Keringkan muka dengan tuala bersih. Lakukan 2x seminggu, Insyaallah, hasilnya memuaskan.

4. Beras Rawat Kulit Muka Berminyak
Caranya: Rendam segenggam beras. Apabila sudah kembang kisar halus beras tadi bersama daun cermai dan ibu kunyit. Setelah itu sapu bahan ini ke muka (juga spt pakai mask) Setelah kering barulah di cuci dgn air bersih.

5. Cempaka dan Melur Tegangkan Kulit Muka
Caranya: Kisar halus 5 kuntum bunga cempaka dan bunga melur. Campurkan bersama bedak sejuk dan disapukan di muka setiap malam sebelum tidur. Pada keesokan harinya, cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lakukan setiap malam sehingga anda memperoleh hasilnya.
Selain itu boleh juga di amalkan meminum air rendaman gula batu di setiap pagi dan petang.

6. Petua Melembabkan Kulit muka

  • Air Kelapa - Cuci muka dengan air kelapa. Biarkan kering sendiri. Setelah itu barulah dibilas dengan air bersih
  • Timun - Parutkan sebiji timun yg sudah dibuang kulitnya. Ambil air hasil parutan timun tersebut dan disapukan ke muka. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu cuci dengan air bersih. Lakukan 3x seminggu.
  • Kobis - Tumbuk lumat beberapa keping kelopak kubis. Campurkan dengan sedikit madu. Sapukan bahan ini ke muka. Biarkan selama satu jam, barulah dicuci dengan air bersih.
Sebenarnya banyak lagi petua-petua kecantikan yang ada. Saya cuma mengambil beberapa sahaja.

Sekiranya berminat boleh dapatkan buku RAHSIA KECANTIKAN hasil tulisan AMINA NOOR. Sebenarnya buku ini keluaran syarikat tempat saya bekerja. Bukanlah tujuan saya nk promosikan buku ini tetapi sekadar nk berkongsi petua.

p/s: Kita hanya mencuba, Allah S.W.T. yang menentukan keberkesanannya..

Monday, October 26, 2009

Makanan Sihat Menurut Islam

Bismillahhirrahmanirrahim

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2. Ini pun saya terima email drpd seorang sahabat.

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.........
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. InsyaALLAH.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. dikuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Yang Baik itu Daripada Allah, Yang Buruk itu Atas Kelemahan Saya Sendiri.