BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

Rahsia Kecantikan

Bismillahirrahmanirrahim

Di sini saya ingin berkongsi sedikit rahsia kecantikan yang diperolehi dr sumber lain (bukan semua menjadi amalan saya).

1. Buah Pinang Masak Hilangkan Tompok Hitam di Muka
Caranya: Ambil sebiji pinang, kupas kulitnya. Setelah itu dikacip dan disapu pada tompok hitam di muka. Lakukan 2x sehari sehingga sembuh.

2. Cekur Hilangkan Parut Jerawat
Caranya: Tumbuk beberapa helai daun cekur. Campurkan bersama bedak sejuk. Pakai bedak sejuk ini sebelum tidur.

3. Madu Licinkan Kulit
Caranya: Ambil 2 sudu madu, campurkan dengan putih telur, sapukan pada muka (pakai spt mask). Setelah kering cuci muka dengan air suam. Keringkan muka dengan tuala bersih. Lakukan 2x seminggu, Insyaallah, hasilnya memuaskan.

4. Beras Rawat Kulit Muka Berminyak
Caranya: Rendam segenggam beras. Apabila sudah kembang kisar halus beras tadi bersama daun cermai dan ibu kunyit. Setelah itu sapu bahan ini ke muka (juga spt pakai mask) Setelah kering barulah di cuci dgn air bersih.

5. Cempaka dan Melur Tegangkan Kulit Muka
Caranya: Kisar halus 5 kuntum bunga cempaka dan bunga melur. Campurkan bersama bedak sejuk dan disapukan di muka setiap malam sebelum tidur. Pada keesokan harinya, cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lakukan setiap malam sehingga anda memperoleh hasilnya.
Selain itu boleh juga di amalkan meminum air rendaman gula batu di setiap pagi dan petang.

6. Petua Melembabkan Kulit muka

  • Air Kelapa - Cuci muka dengan air kelapa. Biarkan kering sendiri. Setelah itu barulah dibilas dengan air bersih
  • Timun - Parutkan sebiji timun yg sudah dibuang kulitnya. Ambil air hasil parutan timun tersebut dan disapukan ke muka. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu cuci dengan air bersih. Lakukan 3x seminggu.
  • Kobis - Tumbuk lumat beberapa keping kelopak kubis. Campurkan dengan sedikit madu. Sapukan bahan ini ke muka. Biarkan selama satu jam, barulah dicuci dengan air bersih.
Sebenarnya banyak lagi petua-petua kecantikan yang ada. Saya cuma mengambil beberapa sahaja.

Sekiranya berminat boleh dapatkan buku RAHSIA KECANTIKAN hasil tulisan AMINA NOOR. Sebenarnya buku ini keluaran syarikat tempat saya bekerja. Bukanlah tujuan saya nk promosikan buku ini tetapi sekadar nk berkongsi petua.

p/s: Kita hanya mencuba, Allah S.W.T. yang menentukan keberkesanannya..

Iman Semut

Bismillahirrahmanirrahim

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!

Monday, October 26, 2009

Makanan Sihat Menurut Islam

Bismillahhirrahmanirrahim

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2. Ini pun saya terima email drpd seorang sahabat.

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.........
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. InsyaALLAH.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. dikuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Yang Baik itu Daripada Allah, Yang Buruk itu Atas Kelemahan Saya Sendiri.

Sunday, October 25, 2009

Summons


Aduss...this morning, time nak gi ofis, ada plak roadblock kat tmn Restu. When the green light, and I dh jln, that en. polis sttoped my car. Since dia dah tergawang-gawang tangan, I bg signal kiri and stop kat side road tuh. That en. polis dtg kat sebelah and gave me salam.. Then he asked me what is my kesalahan. I said, I don't know. I thought masa tu i takde buat kesalahan pun, lampu merah tak langgar pun...road tax baru renew, driving licence also new. Importantly, I wear a seat belt...so what?!! Time I gave him my IC and driving licence, he said akak dh buat kesalahan sebab berada di lorong yg salah. Owh ye ker! I was a little bit shock actually. Tak tahu plak kalau stop kat that way (lorong ke kanan and u turn) but go straight is wrong...Actually I tak menghalang vehicle lain pun... After he explaint sikit2, that en polis tu said, maaf akak, saya terpaksa saman akak. So I said ok lah.. What to do kan, dah nak summons. Eventhough I ckp no pun dia mesti issue gak kan. Lagipun I'm late nk ke ofis.
May be sebab I'm fasting today, so I tak nervous langsung time ckp ngan that en polis. Before that kalau something happened like that, uhhh..my heartbeat is so fast. This morning, I am so cool..
It take 5 - 10 minutes - he wrote at a piece of paper (surat saman lah tu) and then he give it to me to sign in.
Lastly he thanks to me because accompany him. And appologized to.
So dapat lah satu summons di awal monday morning...hu..hu..hu..

Wednesday, October 21, 2009

Suamiku...

Bismillahhirrahmanirrahim...

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu

(tak sure lagu sape)

Monday, October 12, 2009

Raya, raya, raya...demam..


Along, Adik dan Maksu


Bismillahhirrahmanirrahim...

Hmm.. raya tahun nie tak la semeriah tahun yg lepas. Maklum la beraya tanpa suami (kerja). Tahun nie jgk wan (atuk) meninggal. So rasa sunyi je kat rumah tok (nenek).
Hari raya tu jgk anak (wafi) demam. Kesian dia, merengek je. Badan panas je, lepas minum ubat sejuk la kejap, lepas tu panas balik. Tiga hari la jgk demamnya, rupanya hari keempat keluar campak. Patutlah demamnya lambat baik..
Lepas adik dah ok sikit, along pulak yg mula panas badan. Alhamdulillah, cepat bagi ubat takde la nk melarat sgt.
Apa yg terkilan sgt, lupa nk amik gambar raya sekeluarga.. So tahun ni cuma ada beberapa gambar along ngan adik je yg sempat di snap.

Adik ngan Mashimaro Ngah



Monyok je muka, demam...