BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 19, 2009

Amazing maths

Beauty of Math!
x
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

credit to stranges-world

Dugaan...

Bismillahhirrahmanirrahim

Belumpun Adik Efi sembuh dari sakit tangan, kaki dan mulut, Along Adam pulak kena jangkitan tu.. Aku perasan adam kena jangkitan pada malam kenduri kahwin adik ipar. Sebelah pagi sehari sebelum kenduri, adik Efi memang dh tak sihat, so asyik merengek je la. Sekali Along Adam bangun pagi pun dh start buat perangai. Dua-dua nak ummi je. Keje banyak lagi nak di buat. Hantaran plak blum digubah lagi... Petangnya, badan Along Adam dh mula panas, terus aku ternampak biji putih merah kat bawah lidah. Then lepas Maghrib terus bawak Along Adam ambil 'ubat kampung-air penawar'(sebelah pagi dh bawa Adik Efi). Kesian anak2 aku, lapar tapi tak ble nk makan, sakit mulut punya pasal, asyik merengek je la...
Hari kenduri lagi la, awal pagi lagi dua2 dah merengek. Nasib baik dalam kul 11 dua-dua dh tidur sampai petang. Dapat lah aku buat kerja sikit (maklum le hari kenduri - busy).
Alhamdulillah..ari ni anak2 aku dh sehat. Makan pun dh berselera..

Hmmm....kereta pulak...

Tuesday, November 10, 2009

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Bismillahhirrahmanirrahim

Baru beberapa hari Along Adam baik demam campak, Adik Efi pula demam dan kena penyakit tangan, kaki dan mulut. Penyakit ni disebabkan virus, so berjangkit. I thought Adik Efi dapat virus ni dr anak my friend coz sehari sblm dia kena anak kawan kena dulu. Hari yang dia demam dia datang main ngan anak-anak aku. Hmm.. dah nak kena kan, bukan salah diorang pun..Kesian dia, nak makan susah, nak minum susah. Nangis je...

Kat bawah ni aku dapat sedikit info pasal penyakit nih dari website:.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak-kanak

Apakah Penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi

Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala- gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Petua-Petua Daripada Imam Asy- Shafi`e.

Bismillahhirrahmanirrahim

4 perkara menguatkan badan iaitu:

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan iaitu:

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas dan gelisah
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata iaitu:

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata iaitu:

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran iaitu:

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 Jenis Cara Tidur dan maksudnya iaitu:

1. TIDUR PARA NABI>> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH>> Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA>> Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN>> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wallahualam.

Monday, November 9, 2009

Efi's First Step

Bismillahhirrahmanirrahim



Hari ini umur Luqman Wafi yang lebih suka di panggil Adik Efi atau Epi berusia 10 month 1 week and 3 days. Hari ni juga adalah his first step without org lain pegang. Hmm...anak ummi dah pandai jalan sendiri.. Banyak jugak la langkahnya walaupun asyik jatuh bangun je. Kanak-kanak mmg tak kenal seriknya. Jalan2 jatuh bangun. Kalau sakit nangis jap, then jalan balik...
Seronok bila tengok Adik Efi terkedek-kedek jalan. Ayahnya exited sangat, maklum la, masa Along Adam dulu he miss that moments (kursus).
Yang paling best kalau di tanya siapa anak ummi, he put up his hand and we will heard a sound "iya", that's mean SAYA coz Alongnya also said saya. Ermm..what a best moment kan..
Apa yang lucunya, kalau ada kucing mengeow, dia akan menyahut sama. Even dia nampak gambar kucing pun dia akan "aahh" to that picture/s.

Friday, November 6, 2009

My Myvi Demam Lagi..

Bismillahhirrahmanirrahim

Hari ni dh hari kedua keta aku kat service center atas sebab yang sama (jerking) yang mana dh dua kali g service (another service center). Actually, Thursday dah bawa g service tapi that mechanic ckp komputer tak dpt detect what is the problems. So semalam my hubby plak yg g antar (dia off) kat service center. I thought petang dh bleh amk, rupanya keta kena overnight kat situ.
Since my hubby ckp keta blum siap, aku pikir - nak g keja ngan apa esk? My hubby plak keja pagi. Pikir punya pikir, at last this morning aku decide nak call cab - mesti mahal. Hmm...memang betul mahal, RM20. That cab's driver tu ckp tu mmg standard rate coz diorang (sykt teksi kajang) tak ble amk charge mahal. Dalam hati - ye ke..mesti tipu. Tapi tak pe lah, nk buat cam ne kan, dh takde transport nk g office. Lagipun aku mmg tak pernah naik cab. At least Allah permudahkan juga aku untuk datang office. Alhamdulillah..

Tuesday, November 3, 2009

Hati Itu milik Allah

Bismillahhirrahmanirrahim

"Ingatkan mengenali tapi sebenarnya tidak,
kata memahami tapi sebenarnya tidak,
genggam dengan kuat akhirnya terpaksa dilepaskan,
Kenapa?
Kerana ia bukan milik kita.
Hati itu milik ALLAH"


Kredit to Wardatulhamra

Along Pula yg Demam

Bismillahhirrahmanirrahim

Hari raya yg lepas adik Wafi demam campak, ni along Adam pulak yg demam campak. Patutlah demamnya tak nak kebah, rupanya nk kena dmm campak.

Bila saya balik kerja hari Khamis lepas, saya nampak Adam tgh minum air glucose kat dpn pintu umah. Muka pun monyok je. Rupanya demam...Dalam hati, demam lagi....dalam masa tak sampai 2 bulan, dh 3 kali Adam demam. Nak buat mcm mana dah itu kehendak Allah. Redha...InsyaAllah baiklah nnt..

2nd day demam, panas badan tak surut2 even dh minum ubat demam. Petang balik kerja, saya ajak suami pegi amik ubat demam kat Klinik Bdr Teknologi Kajang. Adam agak serasi ngan ubat kat situ. Masa kat klinik terus masuk ubat kat punggung sbb dh panas sgt suhu badan tuh. Bila dh lewat malam ingatkan suhu badan turun le, rupanya tak, still 40 degrees (ada termometer kat umah). Adam ni jenis tak nak letak cool fever kat dahi. Towel basah pun tak nak. Tak tahu apa nk buat saya mandikan dia. Turun lah sikit suhu tu jadi 34 degrees. Tak sampai sejam suhu naik balik 40 degrees. Bila dh naik tu terus bawak g Hospital Kajang. Masa kat hospital, lepas check temperature pun disuruh mandikan dia. Lepas mandi check suhu, 33 degrees, then balik. Esoknya pun still demam.

Sampai hari Isnin still demam, petang lepas mandikan dia, nampak lah bintik2 merah kat muka. Ermm..campak... Terus saya ajak adik g cari air kelapa. Dah malam, tak dpat air kelapa. Selasa pagi bintik2 merah dah ada keliling badan. Petangnya saya belikan air kelapa bagi dia minum. Suhu badan dh ok.. tapi saya still continue bagi dia medicine.

Doakan anak saya cepat sembuh..ameen..

Bintik merah di muka dan badan


Kesian anak ummi, demam campak..