BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 11, 2010

Felda residence hot spring, sungkai

Bismillahhirrahmanirrahim

Dah lama rasanya tak update blog nih. Bila ada kelapangan, ada plak agenda lain yg menuntut. N3 kali ini pasal family holiday kat sungkai 2 mgg lepas.

Actually 2 family je yg pegi, me and my aunt's family. Nak pegi ke sana mudah sangat. Tak smpai 2 jam pun. Best jgk la tempat tu walaupun ramai org.


Walaupun panas, Adam masih nk berendam



Anas, ummi...



My family

Me, Adam, Wafi, Njang Yati n her son, Aqil


Agaknye mandi air panas time tengah hari, huh sakit kepala berpinar.. Nasib baik masa on e way balik hujuan turun lebat. Sejuk sikit..

Tuesday, December 15, 2009

Genting Highland

Me, Ina n Efi

Amira, Adam n Efi dlm cable car

Menuju puncak

Baru keluar dr Snow World

Dpn pintu masuk Snow World


Mak n Ina Berlatar First World Hotel

Bismillahhirrahmanirrahim

11/12/09 aku bawa family aku g holiday kat Genting Highland. Kitorang pegi dgn 2 buah keta. Myvi, suamiku drive + ngan my mom, Along Adam, Annies n Athirah. Aku plak drive Saga + Ina, Adik Efi n Amira. Kitorang bergerak dr umah kul 8.00 pagi. We arrive at Gohtong (rasanya) around 9. Dalam kul 9.30++ kitorang naik cable car (take time sbb semua ada hal kat toilet termasuk si Efi).
Fuh.. hanya Allah yg tahu betapa gayatnya aku. Adam n Efi pun gayat (I guest sbb diorang kejap terdiam kejap cam nk nangis) tp bila dh lama kat dalam cable car tu dh kurang sikit rasa gayat. Hmm.. lama gak nak sampai kat puncak nun..ada la kot dalam 15-20 minit.
Sampai je kat sana terus g beli tiket utk masuk Snow World. Nnt takut ramai plak org. Sekali Adik Efi tak ble masuk sebab tak ckp tinggi yang dibenarkan. So ayahnya le yg jaga dia kat luar coz ayahnya dh pernah masuk kat Snow World tu.
Hmm..bleh tahan sejuk kat dlm tu. 45 minit plak tu kat dlm. Along Adam n Acu Athirah sampai nk nangis bila terkena ais yang org baling-baling tuh.

Keluar je dr Snow World kitorang jalan2 around indoor game. Lepas tu bawa Amira, Annies n Athirah main Bumper Car. Kitorang yang lain nih berkelah le kat tepi dinding sementara tgg bdk2 tu main Bumper Car. Lepas je mkn g memanah plak. Huh teruk betul. Byk yang miss target (he..he.. aku la tuh + Ina + Annies)
Lepas main kat situ g jalan-jalan kat luar jap amk udara yg dingin sangat. Then kitorang naik main game yg ble kumpul coupon. Sblm naik tu singgah solat dulu kat surau kat level 2. Around 6 kitorang dh nail cable car nk balik...Fuh, gayat lagi... Sampai bwh tu sblm bertolak balik g solat asar dulu.

Monday, December 14, 2009

Tugu Negara

Bismillahhirrahmanirrahim

Jumaat lepas aku bawa my family g jalan2 kat KL (beli brg kat Jln Tar actually). Lepas kuar dr Jln Tar kitorang trus g Tugu Negara. Saja je bwk adik2 n anak2 kat tempat tu. Aku pun dh lama tak ke situ. Last pegi masa umur 9 tahun.

Ramai juga pengunjung kat situ especially tourist dr China.

Di depan pintu masuk

Efi yang seronok berlari



with mom

Adam yang keletihan

Bersantai baru lps minum ABC

Tugu Negara
Hrmm.. nasib baik along Adam tido, kalau tak mahunya asyik pegang kaki ayah/ummi je sbb takutkan patung tu.
Balik umah bila aku tunjukkan gambar tugu tu trus dia 'Heeeee...'

Sunday, December 13, 2009

Salad Campur

bahan-bahannya...
(ada lagi satu bekas, lupa nk snap)

Bismillahhirrahmanirrahim

Raya Haji yang lepas (kira lama gak la) aku buat salad campur (first time buat) sebab terasa sgt nk makan. So petang raya tu gi la beli bahan2. Actually hari raya tu aku buat soto nasi, salad n fruit punch.

Senang je nk buat salad nih..
Potong je buah-buahan ikut suka hati. Salad yang daun plak dikoyakkan je. Campurkan semua bahan-bahan yang ada termasuk kekacang. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Lastly masukkan thousand island. Gaulkan.

Ni lah hasilnya salad campur with thousand island...


Thursday, November 19, 2009

Amazing maths

Beauty of Math!
x
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

credit to stranges-world

Dugaan...

Bismillahhirrahmanirrahim

Belumpun Adik Efi sembuh dari sakit tangan, kaki dan mulut, Along Adam pulak kena jangkitan tu.. Aku perasan adam kena jangkitan pada malam kenduri kahwin adik ipar. Sebelah pagi sehari sebelum kenduri, adik Efi memang dh tak sihat, so asyik merengek je la. Sekali Along Adam bangun pagi pun dh start buat perangai. Dua-dua nak ummi je. Keje banyak lagi nak di buat. Hantaran plak blum digubah lagi... Petangnya, badan Along Adam dh mula panas, terus aku ternampak biji putih merah kat bawah lidah. Then lepas Maghrib terus bawak Along Adam ambil 'ubat kampung-air penawar'(sebelah pagi dh bawa Adik Efi). Kesian anak2 aku, lapar tapi tak ble nk makan, sakit mulut punya pasal, asyik merengek je la...
Hari kenduri lagi la, awal pagi lagi dua2 dah merengek. Nasib baik dalam kul 11 dua-dua dh tidur sampai petang. Dapat lah aku buat kerja sikit (maklum le hari kenduri - busy).
Alhamdulillah..ari ni anak2 aku dh sehat. Makan pun dh berselera..

Hmmm....kereta pulak...

Tuesday, November 10, 2009

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Bismillahhirrahmanirrahim

Baru beberapa hari Along Adam baik demam campak, Adik Efi pula demam dan kena penyakit tangan, kaki dan mulut. Penyakit ni disebabkan virus, so berjangkit. I thought Adik Efi dapat virus ni dr anak my friend coz sehari sblm dia kena anak kawan kena dulu. Hari yang dia demam dia datang main ngan anak-anak aku. Hmm.. dah nak kena kan, bukan salah diorang pun..Kesian dia, nak makan susah, nak minum susah. Nangis je...

Kat bawah ni aku dapat sedikit info pasal penyakit nih dari website:.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak-kanak

Apakah Penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi

Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala- gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.